Thursday, June 9, 2011

Tips-tips membaca




Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Ketiga – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


Keempat – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.


Keenam – Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.


Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.



Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.


Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.



Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.



Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.


Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).



Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.


Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.


Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan

Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.


Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan

Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.


Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.



10 Cara Mengatasi Masalah Malas

1. Amalkan doa Mengelak diri dari malas
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3. Teknik 10 minit Aie
4. Banyak membaca bahan motivasi
5. Susun dan mudahkan jadual anda
6. Rehat dan tidur yang cukup
7. Bersenam dan berpindah
8. Berkawan dengan orang yang positif
9. Amalkan teknik pernafasan
10. Suarakan moto anda


PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T
.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
o    Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
o    Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
o    Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
o    Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
o    Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
o    Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
o    Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.


Dari tahu dulu motivasi kamu dalam membaca suatu buku


Saya suka membaca

Ini hal terpenting yang harus kamu ketahui terlebih dahulu sebelum memulai membaca suatu buku. Apakah kamu memang tertarik dengan isi buku itu? Apa yang akan kamu dapatkan setelah membaca buku itu? Apa yang ingin kamu cari tahu dalam buku itu? Dan masih banyak pertanyaan lain yang bisa memotivasi kamu untuk membaca buku itu. Jangan sekali-kali hanya tertarik dengan judulnya saja, coba baca rankumannya yang biasa terletak di belakang buku itu sendiri.

2. Cari tempat dan waktu yang pas untuk membaca

Setelah mengetahui motivasi dan mendapatkan target buku yang akan kamu baca, sekarang saatnya kamu menentukan waktu dan tempat yang pas untuk memulai membaca. Ini juga sangat penting karena kamu tidak mau donk diganggu ketika sedang seru membaca. Waktu dan tempat yang tepat untuk membaca biasanya pada malam hari sebelum jam tidur kamu. Karena pada saat itulah pikiran dan badan kamu sudah mulai relax dan siap untuk menerima konten dari buku yang akan kamu baca.

3. Hindari “ini budi, ini ibu budi,…”

Tentu saja pada jaman dahulu kala ketika baru belajar membaca kamu harus melafal satu per satu kata sampai menjadi satu kalimat. Hal ini biasanya masih terbawa sampai sekarang. Ini bukan merupakan cara yang tepat untuk membaca buku ratusan halaman karena kamu ngak akan selesai jika masi menerapkan metode seperti ini. Biasanya konten didalam buku bacaan itu tidak semuanya merupakan topik yang penting, jadi kamu bisa dengan cepat lalui itu, baca dengan cepat tanpa perlu mengulangnya tetapi perlambat atau ulang bacaan jika kamu tiba pada topik yang menurut kamu penting.

4. Sering-sering membaca

Practice makes perfect. Pepatah ini memang benar adanya, mungkin pada awalnya kamu membutuhkan waktu 1 minggu untuk membaca 300 halaman novel, namun setelah beberapa kali membaca novel lainnya, secara tidak sadar skill membaca kamu akan meningkat dengan sendirinya, terutama poin no. 3.
Jadi Twentea’ers sudah siap untuk membaca? Ngak perlu takut melihat novel-novel atau buku lainnya yang memiliki ratusan halaman, terapkan tips diatas maka kamu tidak akan mendapatkan masalah dalam membacanya.

Tips untuk mengingati pelajaran
antaranya adalah sebagai berikut:

* Baca dan hapalkan seluruh materi pelajaran yang akan diujikan berulang ulang sampai merasa sudah hafal betul….
* Kemudian kalau merasa sudah hafal betul, tutup bukunya dan lakukan relaksasi dengan cara berbaring santai, tutup mata sambil mengatur nafas yang santai sekitar 30 menit saja….
* Setelah tubuh dan otak sudah terasa dingin dan santai, ambil kertas dan fulpen….lalu kita tuliskan kembali semua yang kita hafalkan tadi diatas kertas, dengan menggunakan singkatan singkatan semacam jembatan keledai (contoh singkatan/jembatan keledai untuk Siapa apa, bilamana, dimana, bagaimana dan mengapa….jembatan keledainya adalah: Siabidibame…)…* Saya yakin, pertama kali melakukkan uji coba, maka anda hanya aka mampu menuliskan kembali apa yang anda hafal, sebanyak 20% secara baik…yang lainnya lupa lupa ingat/ragu ragu…
* Lakukan terus berulang ulang uji coba ini untuk satu materi pelajaran yang diujikan, jangan pindah ke pelajaran lain dulu….
* Setelah anda mampu mencapai hasil menulis kembali apa yang dibaca, dikeluarkan dari otak belakang anda/memory sebanyak 100% dan itu dilakukan sebanya 10 kali berturut turut dan hasilnya sama baiknya, ambilah kertas yang berisi tulisan singkatan mata pelajaran tersebut dan tempel didinding tempat anda belajar…
* Setiap hari,minimal satu kali anda harus review hasil catatan yang ditempel tersebut dengan membuat copy catatan yang anda keluarkan dari otak, bukan diaca dari kertas berisi singkatan itu !!!
* Demikianlah lakukan terus dengan seluruh mata pelajaran yang akan diujikan …


Cara mengingat pelajaran agar mudah diingat. 

Bagaimana cara mengingat pelajaran agar mudah diingat dan agar tidak lupa :

Tips
1. Tingkatkan motivasi / semangat dalam diri kita untuk memulai belajar.
2. Ubah perasaan tidak senang kita menjadi senang terhadap apa – apa yang kita pelajari
3. Berikan pada hati kita suasana nyaman dan senang ketika sedang belajar
4. Lakukan berulang – berulang terhadap apa – apa yang kita pelajari
5. Buat catatan kecil atau coretan di buku terhadap topic – topic utama
6. Belajar jangan asal membaca coba pikirkan maknanya dan manfaatnya terhadap apa yang sedang kita pelajari
7. Buat suasana lingkungan belajar yang nyaman dan atur sesuai dengan keinginan kita
8. Fokuskan terhadap apa yang kita pelajari, karena ini membantu kita untuk berkonsentrasi terhadap materi
9. Bila perlu coba lakukan dan kerjakan teori yang sedang dipelajari karena dengan praktek hampir sebagian besar dapat membantu untuk mengingat kita terhadap materi yang kita pelajari


TIPS : MUDAH MENGINGATI ILMU


PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa. Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.



KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.



KETIGA :  Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan  letih seperti mata yang mengantuk  dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat  yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.



KEEMPAT :  Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa  memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.



KELIMA : lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.  Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar  dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut  berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.



KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.



KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .



KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal. Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan  boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan.  Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.



KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain  amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai  kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian  syafawi ( lisan) kelak.



KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.



KESEBELAS :  Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal. Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri  kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak. 



Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana


 Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran 


Yang Telah Dipelajari



Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.
Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.
Klik Read more di bawah untuk bacaan selanjutnya

Follow up:
Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.
Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.
Masa Dalam Kelas Sangat Penting 
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian. 

-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham
Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas  
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru. 

-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.
Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas 
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu. 

-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas. 

-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda
Mendengar Secara Berkesan  
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji. 
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.
Belajar Merancang Masa 
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen. 

-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.
Buat Jadual Waktu Belajar 
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan
Bosan,Bosan Apa Ubat Nya 
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan. 

-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.
Strategi Ulangkaji 
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham 

-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan
Teknik Membaca 
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.
Buat Nota Dengan Baik 
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya. 

-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.
Manfaatkan Bahan Rujukan 
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Persediaan Pada Hari Peperiksaan 
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji 

-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup
Menjelang Hari Peperiksaan 
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan. 

-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong 

-Pastikan Semua Keperluan Cukup
Persediaan Emosi 
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa -Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin -Prasangka Negatif Kepada Orang Lain
Persediaan Fizikal 
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam 

– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya 

– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari
Persediaan Mental 
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan 

-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan
Strategi Cemerlang Peperiksaan -1 
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan 

-Mengingati Tajuk
-Buat Nota
Strategi Cemerlang Peperiksaan -2 
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat 

-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu
Mengatasi Persoalan Seperti 
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir 

-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat
Persoalan - 2 
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal 

-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir
Masa Depan Yang Cerah 
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.
Kata Hikmat 
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.
Kata Bestari 
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.



Tips menghadapi peperiksaan.


PERSEDIAAN FIZIKAL 


1. Tidur yang cukup. 
 Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.





2. Jaga pemakanan. 
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
3. Riadah.  
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
4. KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah. 


PERSEDIAAN MENTAL
1. Pelbagai Gambaran Negatif
               Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir denganpeperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Menyerah kalah sebelum berjuang 
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalampeperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan  atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi 
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

2. Berfikiran Positif 
             Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran
positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. 
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
                           “Something is better than nothing”
                           Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.
                  “If you can’t see it, you can’t have it”.


Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini.   
Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk  merealisasikannya.
                    

PERSEDIAAN EMOSI  
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan , anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. 
Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
* Pertengkaran dengan rakan-rakan:
* Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah
* Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan                                
* Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
* Berprasangka buruk terhadap orang lain
* Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.
Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?  
Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini  tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda?  
Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  
Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.


PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
 Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1. Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2. Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang  banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga  lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.  
Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4. Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.
                       5.Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.   


Tips Cara Belajar yang Baik 

(Bagian 1 dari 2)

Kali ini aku akan berbagi beberapa tips tentang bagaimana cara belajar yang baik dan lulus Ujian Nasional, ulangan harian dapet nilai bagus dan prestasi-prestasi lainnya terutama buat temen-temen pelajar. Pada dasarnya setiap orang mempunyai cara belajar sendiri-sendiri, ada yang bisa belajar kalo dengerin musik, ada yang hanya bisa belajar kalo gak ada suara, ada yang ga bisa belajar kalo ga makan dll. Tetapi kamu juga harus mengetahui prinsip fundamental utama dari belajar yang baik. 

Berikut adalah tips cara belajar yang baik menurutku:

1. Ciptakan suasana yang kondusif 


Dalam belajar, kamu harus menciptakan suasana yang kondusif, nyaman dan tenang untuk belajar. Karena bagaimanapun jika ingin materi yang kamu pelajari itu bener-bener masuk ke otakmu, kamu harus tenang dan dalam keadaan yang nyaman. Sehingga nggak mengganggu konsentrasi. Belajar di luar ruangan mungkin adalah pilihan yang cukup baik, karena selain lebih fresh, kita juga bisa lebih tenang dan nggak penat dalam belajar.


2. Lihat garis besarnya dahulu



Jika membaca bahan pelajaran yang baru, jangan langsung menceburkan diri kedalamnya. Kamu bisa lebih meningkatkan pemahaman bila melihat sepintas garis besarnya. Lihatlah semua subjudul, keterangan gambar dan ringkasan yang ada. Jik membaca bacaan yang cukup panjang, maka bacalah dahulu kalimat pertama dari setiap paragrafnya.


3. Buatlah catatan intisari dari bahan pelajaran



Kalau kamu meringkas materi dari setiap bahan pelajaran ke dalam sebuah catatan kecil, maka akan sangat membantumu mengingat bahan pelajaran itu. Pada saat kamu menulisnya, kamu pasti membaca materinya lagi, bener kan? Itu akan membuatmu cepat hafal materinya. Sebaiknya catatan itu ditulis kedalam buku kecil atau kertas yang bisa dibawa kemana-mana, sehingga bisa dibaca kapan dan dimanapun kamu berada.



4. Berlatihlah tehnik kemampuan mengingat


Agar lebih mudah kamu ingat sebaiknya materi yang akan kamu hafal itu diubah menjadi sebuah singkatan atau kata kunci (Mnemonics) dengan formulasi yang mudah diingat-ingat. Seperti MeJiKuHiBiNiU untuk singkatan-singkatan dari warna pelangi, yaitu Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Nila dan Ungu. Walaupun kamu jika menghafal langsung dalam 1 minggu sudah lupa, dengan menggunakan mnemonics seperti ini kamu bisa ingat sampai puluhan tahun lamanya.
5. Belajarlah dengan tekun dan rutin

Belajar tepat waktu dan serius juga sangat berpengaruh dalam peningkatan prestasi belajar, 

apabila kamu jarang belajar maupun  hanya belajar jika akan ada ulangan pasti prestasinya gak 

akan maksimal. Jadi belajarlah dengan tekun dan rutin selagi ada waktu untuk belajar. Juga 

jangan belajar dengan tergesa-gesa pada hari terakhir sebelum ulangan, cara belajar seperti itu

hasilnya juga nggak akan maksimal.


Mind Map merupakan alat untuk 
MERINGKAS yang EFEKTIF!
Dengan semakin banyak buku ataupun materi dalam bentuk teks dengan semakin sedikitnya waktu untuk memahaminya maka diperlukan upaya untuk memahami & mengingat pelajaran atau bahan materi yang berupa teks dengan lebih baik. Ada beberapa cara cara untuk memahami & mengingat pelajaran atau bahan materi yang berupa teks dengan lebih efektif yakni dengan ‘meringkas’. 


Meringkas yang efektif dan berdaya guna tentu kita harus mengoptimalkan fungsi fungsi otak kita dalam ‘learning mode’. Sudah tidak jamannya lagi kita meringkas hanya mengandalkan fungsi otak kiri saja. Yuk kita libatkan keduanya.... 

Manfaat bila kita membuat ringkasan yang baik, yakni a.l.:

1. Meningkatkan pemahaman
2. Meningkatkan daya ingat
3. Mempermudah untuk Pengulangan
4. Menghemat waktu belajar
 

Ada beberapa teknik meringkas yang perlu kita ketahui:

1. Teknik Meringkas ‘Linier’
2. Teknik Meringkas ‘Arrow’
3. Teknik Meringkas Mind Mapping


1. Teknik Meringkas ‘Linier’
Teknik ini adalah cara meringkas yang paling ‘mudah’ diawal pembuatannya dan paling banyak dipakai oleh pelajar pada umumnya. Akan tetapi teknik ini hanya menggunakan ‘teks’ atau tulisan saja, yang diindikasi dominan menggunakan fungsi otak kiri saja. 

2. Teknik Meringkas ‘Arrow’
Teknik Arrow adalah teknik meringkas dengan menambahkan garis penghubung seperti anak panah (arrow) untuk menghubungkan satu hal dengan hal lain atau penjelasnya. Teknik ini juga banyak dipakai, walaupun teknik ini lebih baik dari teknik ‘linier’, tetapi teknik ini belum secara baik mengoptimalkan seluruh fungsi otak.

3. Teknik Mind Mapping.
Salah satu teknik meringkas yang mengoptimalkan fungsi fungsi otak adalah Mind Map®. Penemu Mind Map® adalah Mr. Tony Buzan, tokoh otak dan kecerdasan dari UK. Dalam buku Mind Map for Kids, Tony Buzan menyatakan bahwa Mind Map® adalah salah satu alat berfikir dan tool belajar dengan mengoptimalkan kemampuan otak kiri dan otak kanan. 

Menggunakan kedua belah otak kita itu adalah salah satu kunci utama untuk membuat Mind Map, karena dengan menggunakan kedua otak maka ingatan kita akan meningkat. Sama halnya dengan kita menggunakan dua kekuatan secara bersamaan, sebut saja turbo.

Kelebihan Mind Map : 

1) Menggunakan Kata Kunci, sehingga lebih efesien dan mudah dipahami
2) Mengunakan Warna, gambar dan simbol, lebih menarik
3) Terstruktur dengan sangat baik
4) Menggunakan prinsip Super Memory, meningkatkan daya ingat
5) Mudah dalam pengulangan, karena dalam 1 halaman
6) Menghemat waktu karena cukup sekali membuatnya




No comments:

Post a Comment